Asal usul imam mahdi a.s

Diposting oleh Muhammad Ali pada 06:35, 01-Jan-12

Di: Tentang imam mahdi

bassmallah.png


Sifat-sifat peribadi beliau telah banyak dinyatakan oleh hadis-hadis, mahupun oleh para tabiin dan juga para ulama yang kemudian daripadanya. Keterangan yang bertaburan di sana-sini itu bolehlah disusun semula sehingga menjadi satu keterangan yang jelas. Perlu juga dinyatakan di sini bahwa beliau lebih banyak sifat bangsa Timurnya (Ajam) daripada bangsa Arabnya. Ini disebabkan tempat lahirnya adalah di negeri sebelah Timur, keturunannya memang telah bercampur dengan bangsa Timur, adat istiadatnya sedikit sebanyak bercampur dengan adat istiadat bangsa Timur dan bahasa yang digunakannya juga adalah bahasa bangsa Timur itu. Pendek kata, Timurlah yang lebih menonjol pada diri beliau, maupun sebelum munculnya atau pada ketika munculnya kelak.

Timur yang dimaksudkan di sini adalah Malaysia dan Indonesia. Tidak ada kawasan lain di dunia ini yang lebih layak dipanggil Timur selain daripada Asia Tenggara inilah. Sebabnya, jika Khurasan kita katakan Timur, Nabi SAW sudah pun menyatakan dengan jelas dalam beberapa buah hadis nama Khurasan, dan tidak ada pula sembarang hadis yang menyatakan Khurasan itu sebagai Timur. India, Afghanistan dan Pakistan juga tidak boleh dikatakan Timur karena dalam hadis-hadis yang berkenaan juga disebutkan bahawa raja India akan diperangi dan dikalahkan oleh Pemuda Bani Tamim semasa DALAM PERJALANAN mereka mencari Imam Mahdi. Jadi, mustahillah benua kecil India dapat dikatakan Timur, sebab India akan diperangi dalam perjalanan beliau menuju ke Makkah.

Iran dan Iraq juga lebih-lebih lagi tidak layak dipanggil Timur kerana negara berkenaan disebut dengan jelas dalam beberapa buah hadis, dengan nama Kufah dan Ma Wara an-Nahar, juga kadang- kadang disebut Parsi. Jadi, bukan dia negara yang benar-benar boleh dikatakan Timur? Takkanlah Thailand, Hong Kong dan China itu boleh dikatakan Timur, karena di negara-negara berkenaan, umat Islam adalah amat minoriti dan tidak akan mampu bangun menjadi kuasa pemerintahan untuk Imam Mahdi.

Jika demikian, jelaslah bahawa tidak ada kawasan lain lagi yang lebih patut dikatakan Timur, selain kawasan kita inilah sahaja dan merupakan satu- satunya kawasan yang paling layak digelar Timur. Dalam sebuah hadis sahih (riwayat Imam Muslim) disebutkan bahawa Timur adalah kawasan yang paling hujung bumi ini yang manusianya menerima Islam sebagai agama mereka. Amat jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan hujung bumi ini adalah Asia Tenggara kerana di sinilah kawasan terakhir yang manusianya beramai-ramai menerima Islam sebagai agama mereka. Kawasan selepas Asia Tenggara ini, tidak ada yang menerima Islam secara beramai-ramai sehingga bangsa yang beragama Islam itu mampu memerintah negara. Jika ada yang Islam pun, hanyalah golongan yang amat minoriti. Lihatlah contohnya di Korea, Jepang dan negara-negara Kepulauan Pasifik lainnya.

Maknanya, Imam Mahdi itu boleh pula dikatakan Ahlulbait yang berbangsa Melayu, memakai adat istiadat Melayu dan berkata dalam bahasa Melayu. Jika demikian, alangkah bertuahnya bangsa Melayu pada akhir zaman ini! Sama seperti bertuahnya bangsa Arab zaman dahulu kerana memiliki Nabi SAW, yang lahir dari bangsa mereka, bercakap dalam bahasa mereka dan memakai adat istiadat mereka.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Sumber : kawansejati.ee.itb.ac.id

Bagikan ke Facebook Bagikan ke Twitter

Komentar

1 tanggapan untuk "Asal usul imam mahdi a.s"

paduka Raden pada 23:19, 24-Jan-14

tulisan encik tu memang betul dan sahih. Imam mahdi tu memang berbangsa melayu yang berketurunan dari Nabi Muhammad s.a.w

Langganan komentar: [RSS] [Atom]

Komentar Baru

[Masuk]
Nama:

Komentar:
(Beberapa Tag BBCode diperbolehkan)

Kode Keamanan:
Aktifkan Gambar